May 8, 2013

Aplikasi ikatan


khemah

salam sejahtera,
pada hari sabtu bersamaan 4/5/2013,
kiteorang berbincang tentang kem yang akan berlangsung selama 3 hari dekat gopeng, perak.
membahagikan tugas ajk dan bincang perkara yang perlu di buat sebelum tiba masa untuk pergi kem nanti..
kem tu kiranya projek mega untuk subjek kokurikulum kiteorang..
en. ifrad kata kem tu nanti boleh cover untuk 4 kelas.. yes! hehe..suka 

hari tu en. ifrad nak ajar macam mana cara nak aplikasikan ikatan tali yang kiteorang dah belajar dulu..
contohnya ikatan manok,


kita boleh gunakan ikatan manok nie untuk mendirikan khemah macam kat gambar atas sekali tue..
tali jenis apa pun kita boleh ikat tegang dengan menggunakan ikatan tali yang betul..

sebagai contoh :


kalau kita nak dapatkan ketegangan tali yang betul kita perlu ikat manok pada bahagian pokok yang pertama kita ikat tali,
kemudian sebelum tarik tali lakukan ikatan "thumb knot" selepas ikatan manok dilakukan supaya tali dalam keadaan stabil.. :)
tarik tali sehingga pokok yang kedua dan dapatkan tali dalam keadaan "double" dan tegangkan tali tersebut  untuk buat ikatan "figure 8 one a bight" pada bahagian pertengahan pokok kedua,
seterusnya buat ikatan mati dan lebihan tali kita buat lilitan mati (overhand knot)

bila tali dah tegang, barulah kita letakkan 'Flysheet' kat atas tali tersebut..
lepas tu kita boleh tarik 'flysheet' dan ubahsuai supaya ia sama rata pada belah bahagian kanan dan kiri, kemudian tegangkan,
setiap penjuru 'flysheet' akan ada lubang yang disediakan untuk kita ikat pada penahan seperti kayu dan pacakkan kayu tersebut ditanah,


Body Bowline Knot atau Simpulan penyelamat

korang ingat lagi tak cerita si arnab masuk keluar dalam lubang keliling pokok...?
Caranya dengan hujung tali 2 sebagai arnab yang masuk kedalam lubang, kemudian keliling tali 1 yang sebagai pokok dan arnab kembali masuk ke lubang tersebut serta kemaskan..

tue cerita bagi ikatan 'Body Bowline Knot' yang digunakan untuk ikat pada lubang 'flysheet' yang dah disediakan tue,
ikatan ni kita gunakan supaya tali yang kita gunakan tidak akan mencerut bahagian lubang 'flysheet'  dan tak akan merosakkan 'flysheet' tersebut,
kiraanya untuk memudahkan kita bukak balik ikatan tue pada 'flysheet' nanti.. ^_^

sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh aplikasikan melalui ikatan yang kita dah belajar..
contohnya untuk menyelamatkan orang atau nak buat penyidai kain ampaian kat rumah..hehe

kiteorang ada belajar jugak aplikasi untuk yang ikatan 'Figure of eight' yang akan digunakan semasa aktiviti 'Water-abseiling' masa kem nanti.. 

Gopeng Perak White Water Rafting & Abseiling Adventure (Malaysia Tour Packages) 2D/1N
contoh 


ni lah kawasan yang kitaorang akan buat 'Water-abseiling' nanti, cannot wait! guys :)

asas kembara 2013

kesimpulannya,
dengan ikatan dan simpulan yang kita dah belajar banyak benda yang kita boleh aplikasikan dengan penggunaan tali..
tak terfikir pun tali rafia yang murah boleh ditegangkan dengan cara ikatan yang betul..
nak buat ampaian senangkan nanti..
kalau dah tahu cara aplikasi yang betul nanti nak pergi kem dah senang nak dirikan khemah dengan buat ampaian..hehe  :)
cuba-cuba lah untuk belajar  dirikan khemah guna 'Flysheet'.

April 18, 2013

Kayak (Kolam Serumpun)



 Bahagian Kayak

Berkayak adalah satu aktiviti yang memerlukan seseorng mengemudi kayak diatas air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental seseorang.

Kayak terbahagi kepada tiga kategori iaitu K1, K2 dan K4. Kayak jenis K1 dikhususkan untuk seorang pengendali sahaja, sementara K2 dan K4 masing-masing untuk dua dan empat jurumudi. 

Pemilihan jenis kayak bergantung kepada jenis aktiviti yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, kayak yang mempunyai kepanjangan yang sederhana antara 2 hingga 3 meter kebiasaanya digunakan untuk melakukan aktiviti berkayak yang lasak seperti white water kayak. Bagi melakukan aktiviti kayak yg lebih santai  seperti berkayak di pantai, tasik atau kolam, kepanjangan kayak kebiasaanya melebihi 4 - 5 meter.


Objektif

  1. Memupuk semangat kerjasama dan sikap bantu membantu dalam kalangan pelajar.
  2. Memberi pengalaman, kemahiran dan latihan untuk pelajar mengendalikan kayak dengan betul.
  3. Meningkatkan daya tahan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui program yang diatur.

Peralatan
  1. Life Jacket
  2. Helmet
  3. Paddle
  4. Kayak



Life Jacket

Apabila melakukan aktiviti berkayak, risiko yang perlu dihadapi adalah lemas kerana berkayak merupakan aktiviti air. Oleh itu, "Life Jacket" perlu dipakai oleh semua orang yang melakukan aktiviti ini. Walaupun seseorang itu pandai berenang, namun life jacket perlu dipakai kerana ada kemungkinan ketika jatuh ke dalam air, kaki peserta akan kejang sehingga tidak mampu untuk berenang. Life jacket di perbuat daripada bahan yang kurang tumpat dari air dan ianya penting bagi memastikan pemakainya terapung  di dalam air.


Helmet

Walaupun helmet tidak diperlukan untuk aktiviti berkayak yang santai, namun helmat diperlukan ketika melakukan white water kayak. Terdapat 2 jenis helmet iaitu "full cut kayak" and "half cut kayak". Penggunaannya penting bagi melindungi kepala. Bagi jenis full cut, ia mempunyai bahagian yang melindungi telinga dan pipi. Sementara jenis half cut tidak mempunyai bahagian yang melindingi pipi dan telinga.

Paddle

Paddle ini digunakan untuk menggerakkan kayak. Pengemudi perlu menghayunkan paddle ke dalam air untuk menggerakkan kayak dan mengawalnya dengan stabil. Paddle juga mempunyai 2 bahagian iaitu pemegang(shaff) dan bilah (blade). Bentuk paddle tersebut adalah bagi memudahkan pergerakan air dan kayak. 


Bahagian - bahagian Kayak

blogspot


Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama cuma bahagian bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi semasa. Disini terdapat sedikit penerang mengenai anatomi kayak.


Bucu hadapan & bucu belakang (bow & stern) :

Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern pula ialah bahagian belakang kayak. Kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkayak. Petua untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.


Gunwale line / painter line :

Merupakan bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, dimana perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".


Hull :

Merupakan dinding, lantai dan geladak bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak tersebut untuk apa digunakan.


Deck (geladak) :

Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".


Cockpit (ruang tempat duduk) :

Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.


Seat (tempat duduk) :

Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu standard ( bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana ( biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk arus deras) dan tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan.


Toggle :

Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan Belakang(Stern).


Coaming :

Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cokcpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.


Knee brace :

Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya pendayung lebih kuat terhadap perahu.


Towline / deckline :

Townline/deckline ialah tali diikatkan di hujung kayak ( bow) dan bahagian belakang (stern) Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu ( tunda).


Keel :

Terletak dibawah geledak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.


Buoyancy :

Bouyangcy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck dan bahagia depan (bow) dan deck bahagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.


Footrest :

Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).


Deck eye / eye cleat :

Deck eye / eye cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.


Eye pit :

Eye pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.


Hatch :

Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.


Back strap :

Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung.



Model  ^_^


Proses untuk mengemudi kayak dapat meningkatkan daya tahanan fizikal kita dan semangat kerjasama antara pendayung hadapan dan belakang. Ciri-ciri keselamatan perlu dititikberatkan dalam aktivi berkayak ini bagi tidak mengundang sebarang kemalangan berlaku seperti terjatuh dan lemas.  Sukan kayak ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita ketika berada di dalam kawasan air.

Maka majulah SUKAN demi negara.. ^_^