June 4, 2013

Kelengakapan semasa ber "Camping"



Kelengkapan yang perlu di bawa oleh korang untuk perkhemahan :

1) Hoversack (beg galas) overnight atau daypack
Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang korang rasa berkualiti dan selesa dipakai.


2) Kasut trekking/slipar/sandle
Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang korang akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan.



3)  Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan
Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian treking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda.



4)  Peralatan untuk makan dan minum
Bawalah kelengkapan itu mengikut masa destinasi dan keperluan. Barang-barang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu.

  


5)  Keperluan asas yang penting 1
contonya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat, lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting), pisau atau parang, baju hujan, ubat persendirian, peralatan mandian, stokin pacat, stove (jika ada), mancis, lighter , wisel, tongkat dan apa yang perlu bagi korang.. :)

  

    

6)  Keperluan asas yang penting 2
 contohnya makanan ringan (cokelat dan lain-lain), air pemberi tenaga (100plus,redbull dan lain-lain)

   

harap dapat membantu bagi yang nak cari peralatan untuk pergi camping!..
have fun guys.. ;D
keselamatan mesti di utamakan yew..
Sekian :)

No comments: