khemah
salam sejahtera,
pada hari sabtu bersamaan 4/5/2013,
kiteorang berbincang tentang kem yang akan berlangsung selama 3 hari dekat gopeng, perak.
membahagikan tugas ajk dan bincang perkara yang perlu di buat sebelum tiba masa untuk pergi kem nanti..
kem tu kiranya projek mega untuk subjek kokurikulum kiteorang..
en. ifrad kata kem tu nanti boleh cover untuk 4 kelas.. yes! hehe..suka
hari tu en. ifrad nak ajar macam mana cara nak aplikasikan ikatan tali yang kiteorang dah belajar dulu..
contohnya ikatan manok,
kita boleh gunakan ikatan manok nie untuk mendirikan khemah macam kat gambar atas sekali tue..
tali jenis apa pun kita boleh ikat tegang dengan menggunakan ikatan tali yang betul..
sebagai contoh :
kalau kita nak dapatkan ketegangan tali yang betul kita perlu ikat manok pada bahagian pokok yang pertama kita ikat tali,
kemudian sebelum tarik tali lakukan ikatan "thumb knot" selepas ikatan manok dilakukan supaya tali dalam keadaan stabil.. :)
tarik tali sehingga pokok yang kedua dan dapatkan tali dalam keadaan "double" dan tegangkan tali tersebut untuk buat ikatan "figure 8 one a bight" pada bahagian pertengahan pokok kedua,
seterusnya buat ikatan mati dan lebihan tali kita buat lilitan mati (overhand knot)
lepas tu kita boleh tarik 'flysheet' dan ubahsuai supaya ia sama rata pada belah bahagian kanan dan kiri, kemudian tegangkan,
setiap penjuru 'flysheet' akan ada lubang yang disediakan untuk kita ikat pada penahan seperti kayu dan pacakkan kayu tersebut ditanah,
Body Bowline Knot atau Simpulan penyelamat
korang ingat lagi tak cerita si arnab masuk keluar dalam lubang keliling pokok...?
Caranya dengan hujung tali 2 sebagai arnab yang masuk kedalam lubang, kemudian keliling tali 1 yang sebagai pokok dan arnab kembali masuk ke lubang tersebut serta kemaskan..
tue cerita bagi ikatan 'Body Bowline Knot' yang digunakan untuk ikat pada lubang 'flysheet' yang dah disediakan tue,
ikatan ni kita gunakan supaya tali yang kita gunakan tidak akan mencerut bahagian lubang 'flysheet' dan tak akan merosakkan 'flysheet' tersebut,
kiraanya untuk memudahkan kita bukak balik ikatan tue pada 'flysheet' nanti.. ^_^
sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh aplikasikan melalui ikatan yang kita dah belajar..
contohnya untuk menyelamatkan orang atau nak buat penyidai kain ampaian kat rumah..hehe
kiteorang ada belajar jugak aplikasi untuk yang ikatan 'Figure of eight' yang akan digunakan semasa aktiviti 'Water-abseiling' masa kem nanti..
contoh
ni lah kawasan yang kitaorang akan buat 'Water-abseiling' nanti, cannot wait! guys :)
asas kembara 2013
kesimpulannya,
dengan ikatan dan simpulan yang kita dah belajar banyak benda yang kita boleh aplikasikan dengan penggunaan tali..
tak terfikir pun tali rafia yang murah boleh ditegangkan dengan cara ikatan yang betul..
nak buat ampaian senangkan nanti..
kalau dah tahu cara aplikasi yang betul nanti nak pergi kem dah senang nak dirikan khemah dengan buat ampaian..hehe :)
cuba-cuba lah untuk belajar dirikan khemah guna 'Flysheet'.
No comments:
Post a Comment