May 31, 2013

Kem "Kembara alam amfibia" - gopeng, perak

~ OUR JOURNEY ~



salam sejahtera :)

wah seronok kan kiteorang pergi kem..tengok gambar pun dah tau seronoknya macam mana..hehe
tapi nak harungi pengalaman kem kali nie mencabar kot,
untuk 3 hari tue jew semua aktiviti mencabar diri kiteorang..
sangat-sangat mencabar, penat tapi seronok ^_^


Hari Pertama (10/5/2013)

- mula berkumpul di Fakulti Perhutanan pada jam 4.30 petang
- kemas barang, susun  di dalam bas, taklimat dan gerak pada jam 5.00 petang
- tiba di Kem Murni, Kg. Jahang, Gopeng pada jam 10.30 malam
- pengurusan kem 
- aktiviti malam

nampak teratur semua jadual dekat atas untuk hari pertama, masa perjalanan lama untuk sampai kat kem Murni..
dalam bas kiteorang bukan buat apa pun, lebih kepada tido sebab semua penat pagi tue ada kelas kan..hehe
lagi satu nak kumpul tenaga untuk aktiviti malam tue nanti..


ini adalah muka-muka bahagia sebelum naik lori untuk pergi ke kem murni, rupanya kitaorang ditinggalkan dekat pekan gopeng lepas tue naik lori untuk masuk ke dalam kawasan hutan tempat kem Murni tue..
ingatkan dekat lah kan kejap jew, rupanya jauh jugak ke dalamnya.. kiranya kem tue kawasan pedalaman..
pengalaman naik lori? fuhh dasyat, tue first time naik lori ramai-ramai, terkejut lah jugak..hehe


inilah lori yang kitaorang naik hari tue, nampak kecik kan? tapi besar jew sebenarnya.. sekali muat dengan tong gas beg-beg semua dengan 18 orang lagi..hehe terbaik ^_^

dah naik lori masuk kawasan pedalaman maka sampailah dekat kem Murni yang di uar-uarkan..
kitaorang terus kemas barang susun elok-elok,
perkara pertama yang perlu buat adalah "PASANG KHEMAH" ..
kami yang perempuan pasang khemah untuk tidur, ada 5 khemah..
yang kaum lelaki dirikan khemah utama untuk tempat memasak dan sebagainya.. :)



tapak perkhemahan kami.. luaskan? sangat-sangat selesa.. yang "fly sheet" tue lah khemah utama..

dah dirikan khemah, masing-masing boleh masuk tidur dan kemas apa yang patut..
sebelum masuk tidur en.ifrad bagi taklimat sikit untuk aktiviti esok dan kata laluan diberikan supaya senang kalau ada kecemasan nanti..
kami dah pun dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk masa sentri nanti.. 
masa sentri tue adalah waktu untuk berjaga pada belah malam supaya kita dapat berwaspada daripada bahaya yang datang..

contohnya : ada binatang buas ke, orang yang tak dikenali mengganggu ke ada kecemasan ke kan, tak pun kawan kita pergi tandas tak balik-balik ke..hehe so kena lah berjaga-jaga :)
alhamdulillah saya dapat sentri pada hari tue jugak tepat pukul 12.00 malam - 2.00 pagi..
yang berjaga sentri malam tue ada 3 kumpulan, setiap kumpulan ada 3 orang..

senang jew untuk waktu sentri nie, saya dengan che wan (bukan rozita che wan, hehe..) sempat basuh pinggan mangkuk sebab bosan punya pasal..hehe lepas tue masak maggi sebab lapar..
yang penting masa sentri kena masak air untuk bekalan air minum, air kat sana tak terhad tapi untuk bekalan air minum sendiri kena masak yew..
selesai waktu sentri tepat pukul 2.00 pagi, kumpulan saya masuk tidur dalam khemah masing-masing.. 


Hari Ke-dua (11/5/2013)

Aktiviti
Waterfall Abseiling
Jungle Trekking
- Tubing

pagi tue lepas sarapan semua siapkan barang untuk bawak pergi ke kawasan aktiviti "waterfall abseiling"..
yang penting pegi sana naik lori lagi okey! hehe..
yang lagi penting, semua kena pakai kasut getah dengan bawak stokin..
itu adalah untuk keselamatan semasa kita buat aktiviti nanti..

             Aktiviti : Waterfall Abseiling

teruja korang tengok gambar?? huargh...! aku lagi teruja nak bercerita nie..hehe

nie adalah aktiviti pertama kitaorang dekat sana.. aktiviti nie agak mencabar sebab kena pandai imbangkan badan dengan tekanan air yang jatuh tue..
yang penting kedudukan kaki dengan tangan..masa turun nanti ada orang yang berpengalaman yang akan support  kita daripada atas, so jangan bimbang kita tak akan jatuh terjunam semudah tue jew.. ^_^

en. Wan bagi taklimat cara nak buat aktiviti "waterfall abseiling"
sebelum start semua kena tau cara nak buat, 
kalau tak silap langkah boleh jatuh!.. hehe..

cara nak buat aktiviti "waterfall abseiling" nie mudah jew.. caranya sama dengan cara untuk kita jadi "belayer" semasa aktiviti "wall climbing" ..
tapi bezanya kali nie kita turun dan bukan sebagai penanggung beban..hehe

korang ingat lagi macam mana step belayer?? ingat??
kalau ingat korang dah boleh buat "waterfall abseiling"!!! tahniah! teruskan usaha.. hehe.. ;)

Che wan u are the best! pandangan daripada atas.. 
yang pakai baju biru tulah en. Wan yang jaga kat atas masa kitaorang turun nanti..

pandangan daripada bawah..

Farah in the house yaww! you go girl!.. hehe.. 

nie adalah kawasan yang kitaorang kena lalu lepas dah buat "waterfall abseiling"..
pergh.. kawasan tue lagi mengancam jiwa.. air dia deras sangat bole jatuh kalau tergelicik!

perasaan saya dah buat aktiviti "waterfall abseiling" ?.
saya rasa nak buat lagi!. sangat best dan sangat menerujakan.. even air terjun yang percik-percik tue agak menyakitkan..hehe 
tak terfikir pun akan pernah buat aktiviti lasak macam nie.. berbaloi.. :)
yang lagi best lepas tue dapat makan dengan main air.. lagi berbaloi-baloi.. :D

okey seterusnya! jom terjah aktiviti "Jungle Trekking" kami! ^_^

okey ni muka-muka bahagia lagi sebab semuanya dah lepas untuk aktiviti waterfall abseiling!



kitaorang lepas dah bermandi-manda terus makan.. 
lauk sedap : ayam masak merah + sayur kobis + ikan goreng + sambal belacan

ada lagi satu group lain yang buat aktiviti waterfall abseiling lagi best taw diaorang..
makan tak nak kalah, diaorang makan chicken chop dalam hutan, untunglah kan..hehe!
en. ifrad cakap, "korang nak macam tue kew? next time okey.." hihi.. :D


al-kisahnya bermula dengan jalan kaki daripada tempat aktiviti waterfall abseiling tadi..
lori tak nak datang ambik kami..hehe 
takpe semangat nak buat aktiviti jungle trekking berkobar-kobar! 

perjalanan tue tak amek masa yang panjang sangat pun tapi penat lah jugak.. :)
mula-mula en. ifrad kata jalan berbaris panjang sorang-sorang..
tetiba dah berdua pulak semua jalan..huhu
lelama berterabur sudah..hehe, takpe janji selamat kan.. ^_^

dah sampai dekat kawasan kitaorang di beri taklimat dan terus naik untuk mula jungle trekking..
kawasan yang kitaorang buat jungle trekking namanya Bukit Batu Putih..

mula-mula naik aku dah tercungap-cungap, mendaki kemain tingginya..
kaki aku stamina tak kuat.. sedih..huhu
mula-mula memang tak larat tapi semangat kawan semua dah bagi.. jadinya aku kuatkan semangat jugak untuk naik.. yeahhhh!

gambar hiasan

tetiba pacat berleluasa tak sampai berapa minit kitaorang mula jungle trekking..
apa lagi jeritan dan pekikkan bermula dari kaum perempuan terutamanya..hehe!
semua dah mengelabah dan jalan pun nak cepat even kena meredah semak samun..


lebih kurang macam ni lah jalan yang kita orang lalu tue.. tapi melalui ingatan aku nie lagi semak kawasan tue aku rasa daripada dalam gambar tuh..hehe

tips untuk tak cepat letih masa mendaki?
sila jalan bersimpang-siur kiri kanan kiri kanan supaya korang tak cepat penat..
masa berhenti rehat pulak jangan terus duduk atau mencangkung sebab nanti bila kita bangun balik kita boleh rasa pening, nak muntah, pitam dan pengsan..
kalau ada pacat sila buang cepat-cepat..hehe
air pulak jangan minum banyak sangat sebab perut kembung nanti.. hehe!

yang penting sila bawa makan yang bagi tenaga macam : coklat, gula-gula
nie untuk bagi tenaga balik atau ada kecemasan yang berlaku.. :)
"first aid" yang lengkap tak dilupakan jugak.. sila bawa bersama..


sejujurnya nie lah kali pertama buat aktiviti jungle trekking kat upm..
last hiking kat Gunung Datuk, Rembau, Nogori Sembilan.. masa tue form 3 sangat muda dan bertenaga sekarang stamina dah kurang sikit..huhu
benda nie mencabar diri, pada aku mencabar kesabaran sebenarnya.. "kesabaran" untuk turun daripada bukit tue balik! hehe..

i love nature!

masa meredah hutan tue ada satu kawasan yang agak bahaya..
semua orang kena berhati-hati sebab kalau tergelicik boleh jatuh teruk nanti..
agak stress masa nak lalu kawasan tue..huhu

okey tiba masa untuk turun..! macam mana tau dah nak turun? senang jew sebab dah tak dew kawasan mendaki lagi..hehe..
tapi nak turun pown amik masa lama jugak..
kalau nak tau masa kita turun lagi bahaya daripada masa kita mendaki sebab kita dah rasa tak sabar untuk sampai kat bawahkan? so semua jalan nak cepat, langkah lebar-lebar, hentak kaki sepuas hati dan ada yang berlari.. fuhh dasyat! hehe..
boleh berlaku kemalangan kat situ yew.. jadi sila berhati-hati ketika turun.. :)


gembira dah berjaya mendaki! hehe..
nie adalah kawasan masa kitaorang tengah turun daripada bukit tue..
agak tinggi jugak nak naik tapi bersemangat sebab nak tengok pemandangan daripada atas bukit..
sangat cantik.. SubhanaAllah.. :')

maka kami sambung semula turun terus sehingga ke bawah..

dah berjaya tawan dunia! *ayat radhi, hehe!..


okey mari beralih pula kepada aktiviti seterusnya.. TUBING ^_^

lepas dah turun dekat kawasan bawah bukit kitaorang berhenti berehat dekat dengan sebuah sungai..
okey ingatkan berhenti kat situ untuk rehat jew.. untuk tarik nafas pepanjang.. untuk buang pacat kew kan..
tapi ada motif yew.. ada udang di sebalik batu rupanya.. hehe!..

river cross-section (gambar hiasan)

berita baiknya kami semua kena redah sungai untuk pergi ke kawasan seberang sana..
sebenarnya mula-mula aku dah teruja nak masuk dalam air sebab masa tue badan dan penat, melekit sebab berpeluh-peluh..huhu
suka main air even takut air.. :D

gambar kat atas tue just hiasan saja yew..bukan kitaorang tue..hehe
dalam gambar tue diaorang guna tali kan? kitaorang?
mana guna pape.. redah sungai macam tue jew..baru adventure!.. hehe..

bermula merentas sungai dengan selari beramai-ramai..
kelebaran sungai tue luas taw..arus air pulak boleh tahan derasnya..
kedalaman sungai tue pulak paras peha aku..
dalam masa nak bergerak kat dalam sungai tue tetiba terpisah kepada 2 kumpulan..
mengelabah lah aku dengan fara sebab airnya deras sangat, kaki pulak tak boleh nak bertahan lama sebab lenguhkan.. baru lepas "jungle trekking" kowt..

takpe, aku cakap ngan fara kita gerak sama-sama..pegang tangan jangan kasi lepas..
tak sempat nak gerakkan kaki, kaki kitaorang dah bergerak sendiri dah..hehe!
air sungai tue deras giler kowt, siap boleh tolak aku dengan fara..kena bertahan jela jawabnya tunggu orang lain selamatkkan kitaorang yang ada kat tengah-tengah sungai tue.. 

nampaknya time tue nasib tak baik.. fara tergelicik, dia hampir nak lemas..nasib tak hanyut..
ish, cuak aku time tue.. dah macam tsunami dah rasanya..hehe..
pia dengan niza pun sama macam aku dengan fara.. 
nasib baik takde pape.. terima kasihlah kepada yang menyelamatkan kitaorang daripada hanyut.. :)

kederasan air terserlah..

start tubing guys!

sebelum mula macam biasalah, dengar taklimat daripada en. Wan dulu cara-cara nak tubing nanti..kedudukan kita atas pelambung tue kena betul supaya tak jatuh nanti dalam air.. 
tangan pulak main peranan untuk ke kiri atau kanan..

firstly, kena pakai jaket keselamatan.. penting nie sebab kalau kita jatuh kemungkinan untuk lemas atau hanyut tue rendah lah kan..hehe..
amik sorang satu tiub then masuk dalam air dengan terujanya..!

ingatkan aktivitinya dekat kawasan sungai situ jew..ingatkan kejap jew..
tapi kitaorang kena mengembara mengikut arus sungai dengan duduk kat atas tiub tue..
jantung rasa nak tercabut masa buat aktiviti tubing sebab air dalam jugak dengan arus sungai deras..
batu-batu yang mencucuk punggung tak kira lagi..hehe..

gambar hiasan
lebih kurang macam nie lah keadaan kitaorang msa aktiviti tubing tue.. 
seram kalau ingat balik tapi best..hehe

kitaorang akan berhenti dekat setiap kawasan yang banyak batu dan bahaya..yang airnya deras giler giler..
banyak sangat stage, tak ingat berapa.. lebih kowt daripada 5..hehe

hehe..rembat gambar kat google.. ;)

tengok gambar nie teringat masa aku jatuh dekat dengan kawasan berbatu lepas tue air deras..
takut masa tue tapi tabah kan hati.. :D

tips kalau kita terjatuh daripada tiub :
kena bertenang dan pandang ke atas..stabilkan diri dengan terapungkan badan..
tarik nafas panjang-panjang dan jangan cuba untuk panik! hehe..


stage ke berapa tak ingat.. cer tengok semua muka bahagia jew nampak tenang kan..
hehe..jangan di sangka air yang tenang tiada bahaya.. :D
nampak jew tenang tue, tapi deras kemain lagi.. tercabut nyawa dibuatnya..huhu

pengakhiran aktiviti tubing kitaorang nie rupanya sampai kat kawasan khemah kitaorang balik rupanya..
memang betul-betul mengembara lah kiranya nie..
balik ke khemah naik tiub ikut arus sungai yang superb deras.. ouh, kelas gitu..! hehe..

nie lah kawasan terakhir kitaorang ber "tubing"

penat jangan cakap.. semua terus angkat tiub simpan jaket keselamatan then terus mandi dan bersiap untuk makan malam..
kitaorang buat barbecue, sangat sedap..hehe
selesai makan en. ifrad bagi sebuah dua kata untuk aktiviti hari tue..
kemas-kemas masuk tidur dan bersedia untuk aktiviti esoknya..


Hari Ke-tiga (12/5/2013)

Aktiviti : Eksplorasi Gua Tempurung
keperluan : Wisel dan Lampu picit


kitaorang mula masuk dengan susur jalan kat dalam gambar atas tue..
here we go!

kena naik turun tangga yang sangat tinggi sambil menikmati keindahan dalam gua tempurung tue..

kali nie kitaorang di bawa mengembara dekat dalam gua pulak..
sangat best dan teruja sehingga lah berada di kawasan dimana kena sliding..
ouh, ku tabahkan diri untuk sliding dengan harapan tak jatuh!.. hehe..

gambar hiasan

itu lah kawasan yang kena sliding tue.. nampak mudah kan? 
korang kena rapatkan kaki dan baring masa sliding..jangan cuba nak bangun confirm jatuh tersembam nanti..hehe

muka-muka bahagia sebelum sliding..hehe


okey sekarang bermulalah pengembaraan yang lebih mencabar..
kena masuk dalam lubang yang agak kecik dan menyeramkan tue..


part yang paling aku tak boleh tahan kena masuk kawasan terowong yang sempit, gelap tambah pulak ada air.. fobia kot kalau macam tue..
terpaksa lah meredahkan, nasib baik budak-budak nie ada bagi semangat..huhu
nak menangis rasanya masa lalu terowong tue, kene merangkak dalam air dengan atas kepala ada batu tajam-tajam..
ingatkan kejap, banyak pulak terowongnya..hehe

selepas dah meredah terowong seram sambil merangkak tue akhirnya kita orang dapat keluar jugak daripada gua tue..

sesi bual bicara hati dengan en. ifrad tentang pengalaman masuk gua..hehe

yeah! kami berjaya meredah gua tempurung!.. 

pada aku pengalaman dekat gua tempurung sangat berharga sebabnya aku dapat atasi fobia aku tue even tak berapa nak berani sangat..huhu
lepas nie agak-agak pergi sana lagi boleh lah buat cool jew kan..dah tau step lah kata kan..hehe


tiba masa untuk pulang!..

perjalanan pulang tayar bas pecah..
kitaorang sempat singgah dekat tapah nak tukar tayar..
yang lain pun sempat makan kfc kan..hehe

dah sampai dekat fakulti perhutanan semua barang kena basuh..
dan hari seterusnya kena pulangkan dekat bahagian hep dengan pusat koko..

pengalaman untuk kem nie best dan teruja..
dapat belajar banyak benda baru..
hopefully, maybe next time nak buat aktiviti-aktivti macam nie lagi..
insyaAllah :)

May 8, 2013

Aplikasi ikatan


khemah

salam sejahtera,
pada hari sabtu bersamaan 4/5/2013,
kiteorang berbincang tentang kem yang akan berlangsung selama 3 hari dekat gopeng, perak.
membahagikan tugas ajk dan bincang perkara yang perlu di buat sebelum tiba masa untuk pergi kem nanti..
kem tu kiranya projek mega untuk subjek kokurikulum kiteorang..
en. ifrad kata kem tu nanti boleh cover untuk 4 kelas.. yes! hehe..suka 

hari tu en. ifrad nak ajar macam mana cara nak aplikasikan ikatan tali yang kiteorang dah belajar dulu..
contohnya ikatan manok,


kita boleh gunakan ikatan manok nie untuk mendirikan khemah macam kat gambar atas sekali tue..
tali jenis apa pun kita boleh ikat tegang dengan menggunakan ikatan tali yang betul..

sebagai contoh :


kalau kita nak dapatkan ketegangan tali yang betul kita perlu ikat manok pada bahagian pokok yang pertama kita ikat tali,
kemudian sebelum tarik tali lakukan ikatan "thumb knot" selepas ikatan manok dilakukan supaya tali dalam keadaan stabil.. :)
tarik tali sehingga pokok yang kedua dan dapatkan tali dalam keadaan "double" dan tegangkan tali tersebut  untuk buat ikatan "figure 8 one a bight" pada bahagian pertengahan pokok kedua,
seterusnya buat ikatan mati dan lebihan tali kita buat lilitan mati (overhand knot)

bila tali dah tegang, barulah kita letakkan 'Flysheet' kat atas tali tersebut..
lepas tu kita boleh tarik 'flysheet' dan ubahsuai supaya ia sama rata pada belah bahagian kanan dan kiri, kemudian tegangkan,
setiap penjuru 'flysheet' akan ada lubang yang disediakan untuk kita ikat pada penahan seperti kayu dan pacakkan kayu tersebut ditanah,


Body Bowline Knot atau Simpulan penyelamat

korang ingat lagi tak cerita si arnab masuk keluar dalam lubang keliling pokok...?
Caranya dengan hujung tali 2 sebagai arnab yang masuk kedalam lubang, kemudian keliling tali 1 yang sebagai pokok dan arnab kembali masuk ke lubang tersebut serta kemaskan..

tue cerita bagi ikatan 'Body Bowline Knot' yang digunakan untuk ikat pada lubang 'flysheet' yang dah disediakan tue,
ikatan ni kita gunakan supaya tali yang kita gunakan tidak akan mencerut bahagian lubang 'flysheet'  dan tak akan merosakkan 'flysheet' tersebut,
kiraanya untuk memudahkan kita bukak balik ikatan tue pada 'flysheet' nanti.. ^_^

sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh aplikasikan melalui ikatan yang kita dah belajar..
contohnya untuk menyelamatkan orang atau nak buat penyidai kain ampaian kat rumah..hehe

kiteorang ada belajar jugak aplikasi untuk yang ikatan 'Figure of eight' yang akan digunakan semasa aktiviti 'Water-abseiling' masa kem nanti.. 

Gopeng Perak White Water Rafting & Abseiling Adventure (Malaysia Tour Packages) 2D/1N
contoh 


ni lah kawasan yang kitaorang akan buat 'Water-abseiling' nanti, cannot wait! guys :)

asas kembara 2013

kesimpulannya,
dengan ikatan dan simpulan yang kita dah belajar banyak benda yang kita boleh aplikasikan dengan penggunaan tali..
tak terfikir pun tali rafia yang murah boleh ditegangkan dengan cara ikatan yang betul..
nak buat ampaian senangkan nanti..
kalau dah tahu cara aplikasi yang betul nanti nak pergi kem dah senang nak dirikan khemah dengan buat ampaian..hehe  :)
cuba-cuba lah untuk belajar  dirikan khemah guna 'Flysheet'.