Wall Climbing UPM
Salam sejahtera ^_^
kembali dengan post terbaru iaitu "Wall Climbing" yang berada di kolej canselor..
dinding tue nampak senang nak panjat sebab banyak "hold" yang kiut miut kan tapi malangnya tinggi dan bentuk dinding tue melampaui segalanya..hehe
pandangan daripada bawah yang agak seram untuk memanjat..
ini percubaan saya untuk kali pertama.. :)
as a BELAYER and CLIMBER..
yang berbaju merah itu adalah instructor menunjukkan cara-cara untuk step wall climbing dan yang berbaju biru tergatung bertali itu adalah en. Incredible Ifrad yang segagah mungkin untuk climb..huhu
yang dibawah adalah sebagai "belayer" yang memainkan peranan untuk melindungi "climber", komunikasi antara belayer dan climber adalah sangat penting kerana keselamatan amat diutamakan disitu ye..
kesilapan belayer boleh menyebabkan climber terjatuh dan bilayer pula yang berada diatas.. (bayangkan) huhu..
sebagai climber kita perlu tahu teknik pemanjatan dan cara pemasangan peralatan yang betul dan kedua-duanya perlu memastikan peralatan yang dipakai selamat antara satu sama lain..
disini adalah contoh komunikasi yang diperlukan antara belayer dan climber :-
Climber : “Belay On.....!”(belayer siap?)Belayer : “On Belay....!” (belayer sudah siap!)
Climber : “Pull..!”
Belayer :tanpa menjawab belayer mengawal tali
Climber : “Slack...!”
Belayer :tanpa menjawab belayer mengendurkan tali
Climber : “rock...!”
Belayer :tanpa menjawab menghindari benda yang jatuh
Climber : “Off Belay...!”
Belayer :”Belay Off...!
credit to : farahchewan
Peralatan
- Tali kernmantel
- Carabiner
- Harness
- Kasut
- Figure 8
- Chalk bag - kapur magnesium
Tali kernmantel
Tali kernmantel mempunyai teras (kern) gentian pulas yang panjang di terasnya, dengan sarung luar dianyam atau selubung gentian dianyam. Teras memberikan kebanyakan kekuatan (sekitar 70%). Tali tersebut sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang betul semasa menggunakannya, tidak boleh didedahkan dikawasan yang berpasir dan memasangnya pada figure of eight dengan cara yang betul bagi mengelakkan tali tersebut cepat rosak.
Haerness
Digunakan untuk melakukan pendakian di tempat yang tinggi untuk melindungi kemungkinan orang tersebut untuk jatuh. Penggunaan harness ini adalah sangat penting, ia akan dipakai oleh "climber" untuk mendaki. Climber perlu memasang harness dengan ketat dan kemas bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa mendaki. "Bilayer" juga akan memakai harness dengan memasang alat figure of eight dan carabiner pada harness bagi melindungi dan membantu climber untuk mendaki.
karabina 'carabiner'
Carabiner yang banyak digunakan dalam aktiviti bertali seperti pendakian, caving, berlayar, aktiviti menyelamat dan pekerjaan tali industri. Carabiner adalah lingkaran tertutup yang terbuat dari bahan alumunium Alloy yang terhubung dengan pin atau screw gate. Carabiner sangat penting digunakan dalam pemanjatan yang digunakan untuk keselamatan bagi "climber". Jika tidak dikunci dengan betul berkemungkinan tali akan rosak dan berlaku kemalangan.
Kasut
Merupakan kasut yang di buat khas untuk memudahkan "climber" memanjat dinding. Merupakan keselamatan yang penting dalam proses pendakian. Kasut yang dipakai hendaklah selesa dan tapaknya berupaya untuk mencengkam "hold" pada dinding tersebut.
Figure of 8 (peralatan)
Ikatan tali yang amat penting dalam proses pendakian ini. Kami telah menggunakan ikatan tali jenis figure 8 follow through. Ikatan tersebut perlu diikat pada carabiner dengan kemas dan carabiner dipasang pada harness dan dikunci dengan betul. ikatan tali ini lebih mudah dan selamat digunakan untuk "belayer" dan "climber".
Chalk bag - kapur magnesium
Merupakan serbuk kapur yang mengandungi bahan magnesium yang membantu climber untuk memanjat dinding dalam keadaan tangan yang basah ataupun permukaan hold yang licin. Ia juga penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa memanjat. Serbuk tersebut turut membahayakan kesihatan jika terdedah pada bahagian pernafasan dan kulit kita. Perlu penggunaan yang rapi, selepas menggunakannya kita perlu membasuh tangan dengan sabun. Kalau kita tak basuh tangan dan berhati-hati kita boleh terdedah dengan penyakit batuk kering.
Hebat!
Komunikasi antara "belayer" dan "climber" antara proses yang penting dalam menjayakan pendakian hingga sampai kemuncaknya. Pendaki yang statik akan lebih mudah untuk mengimbangkan badan. Semasa pendaki hendak turun, perlulah bersedia dengan membuat badan dalam bentuk "V" agar badan tidak dekat dengan dinding semasa turun dan membantu "belayer" untuk mengawal tali. Belayer perlu mahir dengan cara mengawal tali agar "climber" selamat semasa turun dan tidak berlaku kemalangan.
Siapa yang belum pernah cuba wall climbing???
Sila cuba sekarang dan GOOD LUCK! hehe.. ^_^
3 comments:
nak tnye,klau exstudent @ outsiders nk climb, byran kire mcm mner yer..
saya 1st batch belayer upm 10/11 ^^))
dz : saya pun tak pasti, masa cuba nie fasi yang handle..mungkin tanya pihak pengurusan koko..
oh yeke,,da lme xbelay climber..korg tiap2 mggu trun ke?
Post a Comment