June 4, 2013

Kelengakapan semasa ber "Camping"



Kelengkapan yang perlu di bawa oleh korang untuk perkhemahan :

1) Hoversack (beg galas) overnight atau daypack
Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang korang rasa berkualiti dan selesa dipakai.


2) Kasut trekking/slipar/sandle
Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang korang akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan.



3)  Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan
Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian treking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda.



4)  Peralatan untuk makan dan minum
Bawalah kelengkapan itu mengikut masa destinasi dan keperluan. Barang-barang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu.

  


5)  Keperluan asas yang penting 1
contonya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat, lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting), pisau atau parang, baju hujan, ubat persendirian, peralatan mandian, stokin pacat, stove (jika ada), mancis, lighter , wisel, tongkat dan apa yang perlu bagi korang.. :)

  

    

6)  Keperluan asas yang penting 2
 contohnya makanan ringan (cokelat dan lain-lain), air pemberi tenaga (100plus,redbull dan lain-lain)

   

harap dapat membantu bagi yang nak cari peralatan untuk pergi camping!..
have fun guys.. ;D
keselamatan mesti di utamakan yew..
Sekian :)

June 3, 2013

camping survival (ayer hitam, puchong)



Minggu terakhir untuk kelas terakhir Asas Kembara 

Perkhemahan yang bertemakan "Survival" ( 25/5 - 26/5/2013 )
Kem nie adalah sambungan daripada kem gopeng hari tue..hehe
bertujuan untuk membuktikan bahawa kitaorang dapat menerapkan ajaran yang dah diajarkan oleh en. ifrad kepada kami semua.. ^_^

contohnya : 
  • memperbaiki cara berkomunikasi antara satu sama lain 
  • unsur-unsur kerjasama diperkukuhkan lagi
  • tanggungjawab sentiasa dipelihara dan saksama
  • meningkatkan kemahiran insaniah
  • dan lain-lain :)
kem kali nie lebih simple dan lebih santai..
dibahagikan kepada 2 kumpulan supaya masing-masing dapat berkomunikasi dengan baik.. :)



kumpulan yang "Awesome"

dekat sana semua kerja kena buat sendiri, en. ifrad hanya jadi pemantau saje..
sampai dalam pukul 10 pagi cam gitu lah terus pergi tapak khemah..

kitaorang terus susun barang, bersihkan tapak, cari kayu untuk masak dan unggun api, dirikan khemah..
mula-mula buat perbincangan nak dirikan khemah dekat bahagian mana..
kemudian bahagikan tugas..
sediakan perkhakas untuk memasak..
khemah dah didirikan api dapur untuk masak dinyalakan..
kerja kenduri kendara di jalankan..
sekian :)

khemah kumpulan lagi satu.. cantik :)


menu  tengah hari : nasi putih+ikan goreng sayur campur+sambal tumis+telur dadar
menu  malam        : nasi putih+kari ayam letop+sayur campur+cekodok+telur dadar

lepas makan, semua pandai untuk basuh bekas makanan masing-masing..
untung kami kawasan khemah kami dekat dengan sungai.. ;)

macam biasa aktiviti kat sana lebih fokus kepada memasak..
sebab memasak ambik masa yang lama dengan nak menyalakan api..
first time masak dalam hutan..huhu



kari letop yang dimasak sangat sedap rasanya.. hehe!
proses nak memasak semua bagi kerjasama.. bagus-bagus.. :)


jangan tertipu, nie bukan kami yang punya nie gambar google yang punya..hehe
nak tunjuk yang kitaorang memasak guna bekas iaitu "Messtin"  ^_^

lepas makan tengah hari masing-masing pergi cari kayu dalam pukul 4.30 camtue lah..
kena cari banyak-banyak nanti malam senang nak buat ungun api..

tandas? tempat mandi? jangan risau.. sungai yang bersih lagi suci dan murni itu lah tandas paling mahal dekat sana..hehe..

okey bersedia untuk waktu malam!

aktiviti belah malam lebih kepada sesi bual bicara masing-masing dan manfaatnya dapat mengeratkan silatulrahim antara kami semua.. 
dan macam biasa ada masa berjaga waktu malam "sentri",
saya kena jaga pukul 4 pagi - pukul 6 pagi.. seronok jugak lah.. :)


pada keesokkan harinya,
kami bersiap dengan meruntuhkan khemah dulu baru buat sesi memasak..hehe
bersihkan tapak perkhemahan dan peralatan yang lain..

kemudian macam biasa bersihkan segala perkakas yang kotor untuk dipulang kepada pusat koko..
seterusnya berlangsunglah sesi perjumpaan daripada kelas kami buat kali terakhir.. *sebak :'(

kesimpulannya,
daripada kem "survival" kali nie saya dapat belajar benda baharu contohnya, menggunakan peralatan yang ada untuk teruskan perjalanan kehidupan dalam hutan..
dapat belajar tentang penggunaan kayu atau tunbuhan yang tidak berbahaya..
sumber air pulak adalah sumber utama dan ia terhad disana..
saya juga dapat menerapkan kemahiran insaniah saya pada kali ini dengan lebih baik..
harap jumpa korang lagi!
Sekian  :)

June 2, 2013

Rawatan Kecemasan (First Aid Kit)


18/5/2013 - sabtu

peti kecemasan


  • Fungsi peti kecemasan ni adalah untuk bantuan kecederaan semasa ber"camping" atau di mana-mana sahaja yang berlakunya kecemasan.. :)
  • Atau mengalami luka semasa lakukan kerja..


nie adalah antara peralatan dan ubat-ubatan yang perlu ada dekat dalam peti kecemasan nanti..
pasti kan ubat yang penting cukup untuk setiap kecemasan..
kalau rasa nak bawak ubat sendiri pun okey, sangat digalakkan.. :)

antara peralatan nya adalah :
  • Handyplast
  • Panadol
  • Vicks (minyak angin)
  • Burnol ( untuk luka terbakar, melecet)
  • Antiseptic Cream
  • Bandange
  • Sarung tangan
  • Ketip kuku
  • Penyepit (Tweezers)
  • dan sebagainya lah..huhu

Jenis luka ada 2 yang kita orang belajar :
  • Luka Kecil
  • Luka Besar


1)  Contoh untuk luka kecil adalah luka yang menyebabkan bahagian tisu kulit kita terkoyak sedikit dan berdarah, melecet, terbakar dan sebagainya..

cara-cara nak rawatan untuk luka kecil? senang jew..hehe..
  • mula-mula alirkan air bersih dekat luka
  • pastu keringkan dengan kain bersih dan kain yang lembut
  • perlu bersihkan keliling luka dengan kapas tak pun guna  kain bersih dan lembut yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik pun boleh
  • terakhir, sila balut dengan kain bersih atau pembalut (bandange)

2)  Luka Besar
contoh luka besar adalah : sama macam luka kecil tapi yang nie luka dia lebih besar macam luka kat perut, kaki, tangan, kepala dan sebagainya..

kalau luka besar kita guna kan cara rawatan yang sama dengan luka kecil tadi..
kalau luka yang terkena paku jangan dicabut tapi balut dengan teliti dan tidak boleh ikat mati..

W E B
W = Wash, E = Elevate, B = Bind


3)  Kecederaan patah

untuk rawatan kecedaraan patah apa yang perlu dilakukan?
  • Jangan gerakkan bahagian yang patah.
  • Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
  • Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
  • Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
  • Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen
  • Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
  • Dapatkan rawatan lanjut.

4)  Pengsan 
pengsan ada 2 situasi : situasi yang pertama seseorang tu pengsan kita nampak dan yang kedua kita tak nampak dia pengsan disebabkan apa..


Rawatan untuk pengsan? 
  • Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
  • Longgarkan pakaian yang ketat.
  • Bukak kasut, stokin mangsa.
  • Berikan ruang bagi oksigen.
  • Pastikan udara bersih mencukupi.
  • Periksa lain- lain kecederaan jika ada.
  • Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.
  • Selain itu rawatan CPR juga boleh dilakukan.

untuk rawatan pengsan yang kita tak nampak pulak adalah :

D R A B C
D = Danger, R = Respons, A= Airway, B = Breathing, C = Circulation

Danger 
  • kita perlu lihat bahaya sekeliling dahulu
  • tengok keselematan untuk diri sendiri sebelum memberi bantuan
  • jauhkan bahaya daripada mangsa
Respons
  • cuba untuk buat mangsa sedar daripada pengsan
  • panggil nama mangsa
  • gerakkan sedikit badan mangsa dengan menepuk dibahu
Airway
  • cuba periksa saluran pernafasan mangsa
  • kemudian periksa mulut mangsa
Breathing
  • periksa pernafasan mangsa
  • lakukan posisi "tonic neck reflex" kepada mangsa
Circulation
  • periksa nadi mangsa
  • periksa peredaran darah mangsa



5) Tercekik 
kalau seseorang itu mengalami keadaan tercekik, dia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba bercakap "tolong! tolong! saya tercekik" tapi suara tak dengar..

contoh tercekik disebabkan makan makanan yang bertulang seperti ikan dan ayam lepas tue makan sambil bercakap.. hehe..

kita boleh guna teknik Heimlich Manuver untuk tolong mangsa yang tercekik..

Cara rawatan untuk situasi kecemasan tercekik? :
  • Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu.
  • Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
  • Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
  • Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar.
  • Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
  • Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.
  • Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.

kalau mangsa tue pengsan selepas tercekik? kita kena....
  • Baring dan terlentangkan mangsa dalam posisi "tonic neck reflex"
  • Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
  • Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.
  • Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan.
  • Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa
  • Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR).
 
posisi "tonic neck reflex"


6) Terbakar dan Melecur

terbakar dengan melecur nie ada beberapa peringkat..contohnya peringkat kecil, teruk dan bahan kimia..
contoh rawatan yang perlu diberikan :

Kecederaan Kecil
  • Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.
  • Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.
  • Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.
  • Balut dengan kain bersih.

Kecederaan Teruk
  • Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.
  • Periksa pernafasan dan nadinya.
  • Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.
  • Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.
  • Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.
  • Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Kecederaan disebabkan bahan kimia
  • Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.
  • Balut kecederaan dengan kain bersih.
  • Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
  • Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.

Peringatan!
JANGAN SEKALI-KALI menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.


kesimpulannya,
kita harus mengambil tahu langkah-langkah bagi merawat kecederaan kecemasan kalau berlaku dekat dengan kawasan kita..
dan peti kecemasan adalah sangat penting dan perlu lengkap untuk bantuan kepada mangsa..
sediakan lah peti kecemasan dirumah ataupun dimana tempat yang kita boleh nampak..
sekian.. :)

May 31, 2013

Kem "Kembara alam amfibia" - gopeng, perak

~ OUR JOURNEY ~



salam sejahtera :)

wah seronok kan kiteorang pergi kem..tengok gambar pun dah tau seronoknya macam mana..hehe
tapi nak harungi pengalaman kem kali nie mencabar kot,
untuk 3 hari tue jew semua aktiviti mencabar diri kiteorang..
sangat-sangat mencabar, penat tapi seronok ^_^


Hari Pertama (10/5/2013)

- mula berkumpul di Fakulti Perhutanan pada jam 4.30 petang
- kemas barang, susun  di dalam bas, taklimat dan gerak pada jam 5.00 petang
- tiba di Kem Murni, Kg. Jahang, Gopeng pada jam 10.30 malam
- pengurusan kem 
- aktiviti malam

nampak teratur semua jadual dekat atas untuk hari pertama, masa perjalanan lama untuk sampai kat kem Murni..
dalam bas kiteorang bukan buat apa pun, lebih kepada tido sebab semua penat pagi tue ada kelas kan..hehe
lagi satu nak kumpul tenaga untuk aktiviti malam tue nanti..


ini adalah muka-muka bahagia sebelum naik lori untuk pergi ke kem murni, rupanya kitaorang ditinggalkan dekat pekan gopeng lepas tue naik lori untuk masuk ke dalam kawasan hutan tempat kem Murni tue..
ingatkan dekat lah kan kejap jew, rupanya jauh jugak ke dalamnya.. kiranya kem tue kawasan pedalaman..
pengalaman naik lori? fuhh dasyat, tue first time naik lori ramai-ramai, terkejut lah jugak..hehe


inilah lori yang kitaorang naik hari tue, nampak kecik kan? tapi besar jew sebenarnya.. sekali muat dengan tong gas beg-beg semua dengan 18 orang lagi..hehe terbaik ^_^

dah naik lori masuk kawasan pedalaman maka sampailah dekat kem Murni yang di uar-uarkan..
kitaorang terus kemas barang susun elok-elok,
perkara pertama yang perlu buat adalah "PASANG KHEMAH" ..
kami yang perempuan pasang khemah untuk tidur, ada 5 khemah..
yang kaum lelaki dirikan khemah utama untuk tempat memasak dan sebagainya.. :)



tapak perkhemahan kami.. luaskan? sangat-sangat selesa.. yang "fly sheet" tue lah khemah utama..

dah dirikan khemah, masing-masing boleh masuk tidur dan kemas apa yang patut..
sebelum masuk tidur en.ifrad bagi taklimat sikit untuk aktiviti esok dan kata laluan diberikan supaya senang kalau ada kecemasan nanti..
kami dah pun dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk masa sentri nanti.. 
masa sentri tue adalah waktu untuk berjaga pada belah malam supaya kita dapat berwaspada daripada bahaya yang datang..

contohnya : ada binatang buas ke, orang yang tak dikenali mengganggu ke ada kecemasan ke kan, tak pun kawan kita pergi tandas tak balik-balik ke..hehe so kena lah berjaga-jaga :)
alhamdulillah saya dapat sentri pada hari tue jugak tepat pukul 12.00 malam - 2.00 pagi..
yang berjaga sentri malam tue ada 3 kumpulan, setiap kumpulan ada 3 orang..

senang jew untuk waktu sentri nie, saya dengan che wan (bukan rozita che wan, hehe..) sempat basuh pinggan mangkuk sebab bosan punya pasal..hehe lepas tue masak maggi sebab lapar..
yang penting masa sentri kena masak air untuk bekalan air minum, air kat sana tak terhad tapi untuk bekalan air minum sendiri kena masak yew..
selesai waktu sentri tepat pukul 2.00 pagi, kumpulan saya masuk tidur dalam khemah masing-masing.. 


Hari Ke-dua (11/5/2013)

Aktiviti
Waterfall Abseiling
Jungle Trekking
- Tubing

pagi tue lepas sarapan semua siapkan barang untuk bawak pergi ke kawasan aktiviti "waterfall abseiling"..
yang penting pegi sana naik lori lagi okey! hehe..
yang lagi penting, semua kena pakai kasut getah dengan bawak stokin..
itu adalah untuk keselamatan semasa kita buat aktiviti nanti..

             Aktiviti : Waterfall Abseiling

teruja korang tengok gambar?? huargh...! aku lagi teruja nak bercerita nie..hehe

nie adalah aktiviti pertama kitaorang dekat sana.. aktiviti nie agak mencabar sebab kena pandai imbangkan badan dengan tekanan air yang jatuh tue..
yang penting kedudukan kaki dengan tangan..masa turun nanti ada orang yang berpengalaman yang akan support  kita daripada atas, so jangan bimbang kita tak akan jatuh terjunam semudah tue jew.. ^_^

en. Wan bagi taklimat cara nak buat aktiviti "waterfall abseiling"
sebelum start semua kena tau cara nak buat, 
kalau tak silap langkah boleh jatuh!.. hehe..

cara nak buat aktiviti "waterfall abseiling" nie mudah jew.. caranya sama dengan cara untuk kita jadi "belayer" semasa aktiviti "wall climbing" ..
tapi bezanya kali nie kita turun dan bukan sebagai penanggung beban..hehe

korang ingat lagi macam mana step belayer?? ingat??
kalau ingat korang dah boleh buat "waterfall abseiling"!!! tahniah! teruskan usaha.. hehe.. ;)

Che wan u are the best! pandangan daripada atas.. 
yang pakai baju biru tulah en. Wan yang jaga kat atas masa kitaorang turun nanti..

pandangan daripada bawah..

Farah in the house yaww! you go girl!.. hehe.. 

nie adalah kawasan yang kitaorang kena lalu lepas dah buat "waterfall abseiling"..
pergh.. kawasan tue lagi mengancam jiwa.. air dia deras sangat bole jatuh kalau tergelicik!

perasaan saya dah buat aktiviti "waterfall abseiling" ?.
saya rasa nak buat lagi!. sangat best dan sangat menerujakan.. even air terjun yang percik-percik tue agak menyakitkan..hehe 
tak terfikir pun akan pernah buat aktiviti lasak macam nie.. berbaloi.. :)
yang lagi best lepas tue dapat makan dengan main air.. lagi berbaloi-baloi.. :D

okey seterusnya! jom terjah aktiviti "Jungle Trekking" kami! ^_^

okey ni muka-muka bahagia lagi sebab semuanya dah lepas untuk aktiviti waterfall abseiling!



kitaorang lepas dah bermandi-manda terus makan.. 
lauk sedap : ayam masak merah + sayur kobis + ikan goreng + sambal belacan

ada lagi satu group lain yang buat aktiviti waterfall abseiling lagi best taw diaorang..
makan tak nak kalah, diaorang makan chicken chop dalam hutan, untunglah kan..hehe!
en. ifrad cakap, "korang nak macam tue kew? next time okey.." hihi.. :D


al-kisahnya bermula dengan jalan kaki daripada tempat aktiviti waterfall abseiling tadi..
lori tak nak datang ambik kami..hehe 
takpe semangat nak buat aktiviti jungle trekking berkobar-kobar! 

perjalanan tue tak amek masa yang panjang sangat pun tapi penat lah jugak.. :)
mula-mula en. ifrad kata jalan berbaris panjang sorang-sorang..
tetiba dah berdua pulak semua jalan..huhu
lelama berterabur sudah..hehe, takpe janji selamat kan.. ^_^

dah sampai dekat kawasan kitaorang di beri taklimat dan terus naik untuk mula jungle trekking..
kawasan yang kitaorang buat jungle trekking namanya Bukit Batu Putih..

mula-mula naik aku dah tercungap-cungap, mendaki kemain tingginya..
kaki aku stamina tak kuat.. sedih..huhu
mula-mula memang tak larat tapi semangat kawan semua dah bagi.. jadinya aku kuatkan semangat jugak untuk naik.. yeahhhh!

gambar hiasan

tetiba pacat berleluasa tak sampai berapa minit kitaorang mula jungle trekking..
apa lagi jeritan dan pekikkan bermula dari kaum perempuan terutamanya..hehe!
semua dah mengelabah dan jalan pun nak cepat even kena meredah semak samun..


lebih kurang macam ni lah jalan yang kita orang lalu tue.. tapi melalui ingatan aku nie lagi semak kawasan tue aku rasa daripada dalam gambar tuh..hehe

tips untuk tak cepat letih masa mendaki?
sila jalan bersimpang-siur kiri kanan kiri kanan supaya korang tak cepat penat..
masa berhenti rehat pulak jangan terus duduk atau mencangkung sebab nanti bila kita bangun balik kita boleh rasa pening, nak muntah, pitam dan pengsan..
kalau ada pacat sila buang cepat-cepat..hehe
air pulak jangan minum banyak sangat sebab perut kembung nanti.. hehe!

yang penting sila bawa makan yang bagi tenaga macam : coklat, gula-gula
nie untuk bagi tenaga balik atau ada kecemasan yang berlaku.. :)
"first aid" yang lengkap tak dilupakan jugak.. sila bawa bersama..


sejujurnya nie lah kali pertama buat aktiviti jungle trekking kat upm..
last hiking kat Gunung Datuk, Rembau, Nogori Sembilan.. masa tue form 3 sangat muda dan bertenaga sekarang stamina dah kurang sikit..huhu
benda nie mencabar diri, pada aku mencabar kesabaran sebenarnya.. "kesabaran" untuk turun daripada bukit tue balik! hehe..

i love nature!

masa meredah hutan tue ada satu kawasan yang agak bahaya..
semua orang kena berhati-hati sebab kalau tergelicik boleh jatuh teruk nanti..
agak stress masa nak lalu kawasan tue..huhu

okey tiba masa untuk turun..! macam mana tau dah nak turun? senang jew sebab dah tak dew kawasan mendaki lagi..hehe..
tapi nak turun pown amik masa lama jugak..
kalau nak tau masa kita turun lagi bahaya daripada masa kita mendaki sebab kita dah rasa tak sabar untuk sampai kat bawahkan? so semua jalan nak cepat, langkah lebar-lebar, hentak kaki sepuas hati dan ada yang berlari.. fuhh dasyat! hehe..
boleh berlaku kemalangan kat situ yew.. jadi sila berhati-hati ketika turun.. :)


gembira dah berjaya mendaki! hehe..
nie adalah kawasan masa kitaorang tengah turun daripada bukit tue..
agak tinggi jugak nak naik tapi bersemangat sebab nak tengok pemandangan daripada atas bukit..
sangat cantik.. SubhanaAllah.. :')

maka kami sambung semula turun terus sehingga ke bawah..

dah berjaya tawan dunia! *ayat radhi, hehe!..


okey mari beralih pula kepada aktiviti seterusnya.. TUBING ^_^

lepas dah turun dekat kawasan bawah bukit kitaorang berhenti berehat dekat dengan sebuah sungai..
okey ingatkan berhenti kat situ untuk rehat jew.. untuk tarik nafas pepanjang.. untuk buang pacat kew kan..
tapi ada motif yew.. ada udang di sebalik batu rupanya.. hehe!..

river cross-section (gambar hiasan)

berita baiknya kami semua kena redah sungai untuk pergi ke kawasan seberang sana..
sebenarnya mula-mula aku dah teruja nak masuk dalam air sebab masa tue badan dan penat, melekit sebab berpeluh-peluh..huhu
suka main air even takut air.. :D

gambar kat atas tue just hiasan saja yew..bukan kitaorang tue..hehe
dalam gambar tue diaorang guna tali kan? kitaorang?
mana guna pape.. redah sungai macam tue jew..baru adventure!.. hehe..

bermula merentas sungai dengan selari beramai-ramai..
kelebaran sungai tue luas taw..arus air pulak boleh tahan derasnya..
kedalaman sungai tue pulak paras peha aku..
dalam masa nak bergerak kat dalam sungai tue tetiba terpisah kepada 2 kumpulan..
mengelabah lah aku dengan fara sebab airnya deras sangat, kaki pulak tak boleh nak bertahan lama sebab lenguhkan.. baru lepas "jungle trekking" kowt..

takpe, aku cakap ngan fara kita gerak sama-sama..pegang tangan jangan kasi lepas..
tak sempat nak gerakkan kaki, kaki kitaorang dah bergerak sendiri dah..hehe!
air sungai tue deras giler kowt, siap boleh tolak aku dengan fara..kena bertahan jela jawabnya tunggu orang lain selamatkkan kitaorang yang ada kat tengah-tengah sungai tue.. 

nampaknya time tue nasib tak baik.. fara tergelicik, dia hampir nak lemas..nasib tak hanyut..
ish, cuak aku time tue.. dah macam tsunami dah rasanya..hehe..
pia dengan niza pun sama macam aku dengan fara.. 
nasib baik takde pape.. terima kasihlah kepada yang menyelamatkan kitaorang daripada hanyut.. :)

kederasan air terserlah..

start tubing guys!

sebelum mula macam biasalah, dengar taklimat daripada en. Wan dulu cara-cara nak tubing nanti..kedudukan kita atas pelambung tue kena betul supaya tak jatuh nanti dalam air.. 
tangan pulak main peranan untuk ke kiri atau kanan..

firstly, kena pakai jaket keselamatan.. penting nie sebab kalau kita jatuh kemungkinan untuk lemas atau hanyut tue rendah lah kan..hehe..
amik sorang satu tiub then masuk dalam air dengan terujanya..!

ingatkan aktivitinya dekat kawasan sungai situ jew..ingatkan kejap jew..
tapi kitaorang kena mengembara mengikut arus sungai dengan duduk kat atas tiub tue..
jantung rasa nak tercabut masa buat aktiviti tubing sebab air dalam jugak dengan arus sungai deras..
batu-batu yang mencucuk punggung tak kira lagi..hehe..

gambar hiasan
lebih kurang macam nie lah keadaan kitaorang msa aktiviti tubing tue.. 
seram kalau ingat balik tapi best..hehe

kitaorang akan berhenti dekat setiap kawasan yang banyak batu dan bahaya..yang airnya deras giler giler..
banyak sangat stage, tak ingat berapa.. lebih kowt daripada 5..hehe

hehe..rembat gambar kat google.. ;)

tengok gambar nie teringat masa aku jatuh dekat dengan kawasan berbatu lepas tue air deras..
takut masa tue tapi tabah kan hati.. :D

tips kalau kita terjatuh daripada tiub :
kena bertenang dan pandang ke atas..stabilkan diri dengan terapungkan badan..
tarik nafas panjang-panjang dan jangan cuba untuk panik! hehe..


stage ke berapa tak ingat.. cer tengok semua muka bahagia jew nampak tenang kan..
hehe..jangan di sangka air yang tenang tiada bahaya.. :D
nampak jew tenang tue, tapi deras kemain lagi.. tercabut nyawa dibuatnya..huhu

pengakhiran aktiviti tubing kitaorang nie rupanya sampai kat kawasan khemah kitaorang balik rupanya..
memang betul-betul mengembara lah kiranya nie..
balik ke khemah naik tiub ikut arus sungai yang superb deras.. ouh, kelas gitu..! hehe..

nie lah kawasan terakhir kitaorang ber "tubing"

penat jangan cakap.. semua terus angkat tiub simpan jaket keselamatan then terus mandi dan bersiap untuk makan malam..
kitaorang buat barbecue, sangat sedap..hehe
selesai makan en. ifrad bagi sebuah dua kata untuk aktiviti hari tue..
kemas-kemas masuk tidur dan bersedia untuk aktiviti esoknya..


Hari Ke-tiga (12/5/2013)

Aktiviti : Eksplorasi Gua Tempurung
keperluan : Wisel dan Lampu picit


kitaorang mula masuk dengan susur jalan kat dalam gambar atas tue..
here we go!

kena naik turun tangga yang sangat tinggi sambil menikmati keindahan dalam gua tempurung tue..

kali nie kitaorang di bawa mengembara dekat dalam gua pulak..
sangat best dan teruja sehingga lah berada di kawasan dimana kena sliding..
ouh, ku tabahkan diri untuk sliding dengan harapan tak jatuh!.. hehe..

gambar hiasan

itu lah kawasan yang kena sliding tue.. nampak mudah kan? 
korang kena rapatkan kaki dan baring masa sliding..jangan cuba nak bangun confirm jatuh tersembam nanti..hehe

muka-muka bahagia sebelum sliding..hehe


okey sekarang bermulalah pengembaraan yang lebih mencabar..
kena masuk dalam lubang yang agak kecik dan menyeramkan tue..


part yang paling aku tak boleh tahan kena masuk kawasan terowong yang sempit, gelap tambah pulak ada air.. fobia kot kalau macam tue..
terpaksa lah meredahkan, nasib baik budak-budak nie ada bagi semangat..huhu
nak menangis rasanya masa lalu terowong tue, kene merangkak dalam air dengan atas kepala ada batu tajam-tajam..
ingatkan kejap, banyak pulak terowongnya..hehe

selepas dah meredah terowong seram sambil merangkak tue akhirnya kita orang dapat keluar jugak daripada gua tue..

sesi bual bicara hati dengan en. ifrad tentang pengalaman masuk gua..hehe

yeah! kami berjaya meredah gua tempurung!.. 

pada aku pengalaman dekat gua tempurung sangat berharga sebabnya aku dapat atasi fobia aku tue even tak berapa nak berani sangat..huhu
lepas nie agak-agak pergi sana lagi boleh lah buat cool jew kan..dah tau step lah kata kan..hehe


tiba masa untuk pulang!..

perjalanan pulang tayar bas pecah..
kitaorang sempat singgah dekat tapah nak tukar tayar..
yang lain pun sempat makan kfc kan..hehe

dah sampai dekat fakulti perhutanan semua barang kena basuh..
dan hari seterusnya kena pulangkan dekat bahagian hep dengan pusat koko..

pengalaman untuk kem nie best dan teruja..
dapat belajar banyak benda baru..
hopefully, maybe next time nak buat aktiviti-aktivti macam nie lagi..
insyaAllah :)