Untuk minggu yang ke-4 kali ni kami banyak belajar tentang penggunaan IKATAN dan SIMPULAN tali..
belajar ikatan yang basic jew..
mudah untuk difahami.. ^_^
Pengenalan
ikatan dan simpulan nie amat penting dalam kerja-kerja menyelamat ataupun Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa.
simpulan (knotting) dan ikatan (lashing).
Antara ikatan dan simpulan yang saya belajar adalah :
1) Thumb Knot (ikat mati)
Fungsi : penahan, menyambung dua hujung dan mengemaskini hujung yang terburai
kekurangan : susah hendak di buka
2) Reef Knot (buku sila)
Fungsi :
- untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz
- digunakan untuk menyambung tali khemah, anduh dan hadiah
- senang ditanggalkan
- dikenali sebagai left over right, right over left
Teknik :
- Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
- Masukkan hujung A dibawah B.
- Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
3) Clove Hitch 1
Fungsi :
- Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
- Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
4) Clove Hitch 2
- simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin, seperti kayu, botol, hujung pacang khemah, dan sebagainya,
- mudah disimpulkan dan ditanggalkan
Rajah clove hitch 1 & 2
5) Figure of eight
Fungsi : sama dengan simpul mati iaitu sebagai penahan tetapi lebih mudah dibuka.
6) Figure of eight on a bight
Terbentuk daripada "gelungan" tali.
Fungsi : untuk kerja-kerja seperti belay set up, menyelamat, memanjat
7) Figure of eight follow the through
ikatan yang rumit sedikit, fungsinya sama seperti figure of 8 a bight, tetapi digunakan pada keadaan dimana objek yang hendak disangkut pada 'bight' tidak boleh disarungkan.
cara-caranya tali yang ke dua perlu mengikut simpulan figure of eight 1 melalui bahagian kiri dan kemaskan.
8) Body Bowline Knot
Simpulan penyelamat.
Bowline mewujudkan gelung di hujung tali yang tidak boleh mengecut atau mengembangkan. Bowline ini juga dikenali sebagai simpulan penyelamat untuk tujuan seperti menyelamatkan orang-orang yang mungkin telah jatuh ke bawah lubang, atau dari tebing ke tebing.
Simpulan ini adalah sangat mudah untuk mengikat. Caranya dengan hujung tali 2 sebagai arnab yang masuk kedalam lubang, kemudian keliling tali 1 yang sebagai pokok dan arnab kembali masuk ke lubang tersebut serta kemaskan..siap..! ^_^
9) Fisherman Knot
Fungi : untuk simpulan pengail atau ikatan tali yang licin.
Caranya adalah dengan menggunakan dua tali, ikat tali
pertama tapi tidak tercerut kemudian ikat tali kedua. kedua-dua ikatan boleh ditarik.
10) Double Fisherman Knot
Fungsinya sama dengan Fisherman knot 1.
Cara ikatannya lebih rumit sedikit tetapi senang untuk digunakan. Pastikan ikatan kedua-duanya boleh ditarik dan bersilang dalam keadaan yang betul seperti dalam gambar rajah dibawah.
Terdapat banyak lagi cara ikatan dan simpulan yang boleh kita belajar, ini antara yang mudah difahami dan senang untuk digunakan dalam pelbagai keadaan..selamat mencuba.. ^_^