June 4, 2013

Kelengakapan semasa ber "Camping"



Kelengkapan yang perlu di bawa oleh korang untuk perkhemahan :

1) Hoversack (beg galas) overnight atau daypack
Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang korang rasa berkualiti dan selesa dipakai.


2) Kasut trekking/slipar/sandle
Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang korang akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan.



3)  Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan
Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian treking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda.



4)  Peralatan untuk makan dan minum
Bawalah kelengkapan itu mengikut masa destinasi dan keperluan. Barang-barang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu.

  


5)  Keperluan asas yang penting 1
contonya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat, lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting), pisau atau parang, baju hujan, ubat persendirian, peralatan mandian, stokin pacat, stove (jika ada), mancis, lighter , wisel, tongkat dan apa yang perlu bagi korang.. :)

  

    

6)  Keperluan asas yang penting 2
 contohnya makanan ringan (cokelat dan lain-lain), air pemberi tenaga (100plus,redbull dan lain-lain)

   

harap dapat membantu bagi yang nak cari peralatan untuk pergi camping!..
have fun guys.. ;D
keselamatan mesti di utamakan yew..
Sekian :)

June 3, 2013

camping survival (ayer hitam, puchong)



Minggu terakhir untuk kelas terakhir Asas Kembara 

Perkhemahan yang bertemakan "Survival" ( 25/5 - 26/5/2013 )
Kem nie adalah sambungan daripada kem gopeng hari tue..hehe
bertujuan untuk membuktikan bahawa kitaorang dapat menerapkan ajaran yang dah diajarkan oleh en. ifrad kepada kami semua.. ^_^

contohnya : 
  • memperbaiki cara berkomunikasi antara satu sama lain 
  • unsur-unsur kerjasama diperkukuhkan lagi
  • tanggungjawab sentiasa dipelihara dan saksama
  • meningkatkan kemahiran insaniah
  • dan lain-lain :)
kem kali nie lebih simple dan lebih santai..
dibahagikan kepada 2 kumpulan supaya masing-masing dapat berkomunikasi dengan baik.. :)



kumpulan yang "Awesome"

dekat sana semua kerja kena buat sendiri, en. ifrad hanya jadi pemantau saje..
sampai dalam pukul 10 pagi cam gitu lah terus pergi tapak khemah..

kitaorang terus susun barang, bersihkan tapak, cari kayu untuk masak dan unggun api, dirikan khemah..
mula-mula buat perbincangan nak dirikan khemah dekat bahagian mana..
kemudian bahagikan tugas..
sediakan perkhakas untuk memasak..
khemah dah didirikan api dapur untuk masak dinyalakan..
kerja kenduri kendara di jalankan..
sekian :)

khemah kumpulan lagi satu.. cantik :)


menu  tengah hari : nasi putih+ikan goreng sayur campur+sambal tumis+telur dadar
menu  malam        : nasi putih+kari ayam letop+sayur campur+cekodok+telur dadar

lepas makan, semua pandai untuk basuh bekas makanan masing-masing..
untung kami kawasan khemah kami dekat dengan sungai.. ;)

macam biasa aktiviti kat sana lebih fokus kepada memasak..
sebab memasak ambik masa yang lama dengan nak menyalakan api..
first time masak dalam hutan..huhu



kari letop yang dimasak sangat sedap rasanya.. hehe!
proses nak memasak semua bagi kerjasama.. bagus-bagus.. :)


jangan tertipu, nie bukan kami yang punya nie gambar google yang punya..hehe
nak tunjuk yang kitaorang memasak guna bekas iaitu "Messtin"  ^_^

lepas makan tengah hari masing-masing pergi cari kayu dalam pukul 4.30 camtue lah..
kena cari banyak-banyak nanti malam senang nak buat ungun api..

tandas? tempat mandi? jangan risau.. sungai yang bersih lagi suci dan murni itu lah tandas paling mahal dekat sana..hehe..

okey bersedia untuk waktu malam!

aktiviti belah malam lebih kepada sesi bual bicara masing-masing dan manfaatnya dapat mengeratkan silatulrahim antara kami semua.. 
dan macam biasa ada masa berjaga waktu malam "sentri",
saya kena jaga pukul 4 pagi - pukul 6 pagi.. seronok jugak lah.. :)


pada keesokkan harinya,
kami bersiap dengan meruntuhkan khemah dulu baru buat sesi memasak..hehe
bersihkan tapak perkhemahan dan peralatan yang lain..

kemudian macam biasa bersihkan segala perkakas yang kotor untuk dipulang kepada pusat koko..
seterusnya berlangsunglah sesi perjumpaan daripada kelas kami buat kali terakhir.. *sebak :'(

kesimpulannya,
daripada kem "survival" kali nie saya dapat belajar benda baharu contohnya, menggunakan peralatan yang ada untuk teruskan perjalanan kehidupan dalam hutan..
dapat belajar tentang penggunaan kayu atau tunbuhan yang tidak berbahaya..
sumber air pulak adalah sumber utama dan ia terhad disana..
saya juga dapat menerapkan kemahiran insaniah saya pada kali ini dengan lebih baik..
harap jumpa korang lagi!
Sekian  :)